Thursday, August 12, 2010

RAKYAT MISKIN MENERIMA WANG ZAKAT



BERSONGKAK… YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh bersama penerima wang zakat

KUALA NERUS, Seramai 653 orang miskin di kawasan Dun Tepoh menerima wang zakat sebanyak RM 350 bagi setiap keluarga. Majlis penyerahan wang zakat ini diadakan bersama YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Tepuh bersama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu.

BERATUR...penerima wang zakat beratur untuk mengambil duit

Kebanyakkan penerima wang zakat ini adalah daripada golongan warga emas, Ibu Tunggal dan orang kurang upaya yang miskin serta uzur. kebanyakkan penerima tidak dapat bekerja kerana uzur dan tidak mempunyai sumber kewangan tetap. Selain itu juga, para penerima wang zakat ini dipilih berdasarkan latar belakang keluarga dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MAIDAM.

Adun Tepoh, dalam ucapannya, beliau berharap rakyat di negeri Terengganu khususnya perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu meringankan beban rakyat dari segi kewangan dan bantuan-bantuan lain. Dalam pada itu, beliau juga amat kecewa dengan sesetengah pihak dan rakyat yang terus menyalahkan kerajaan serta menuduh tanpa membuka mata. Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada penerima bersama dengan pihak MAIDAM.

MENUNGGU...penerima wang zakat menunggu giliran masing-masing

Endut Mamat, 81 salah seorang penerima wang zakat sangat terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan serta MAIDAM kerana terpilih menerima sumbangan ini. Beliau yang telah kematian suami sejak beberapa tahun lalu hidup dalam serba kekurangan dan keadaannya yang uzur.

Sebelum ini penerima wang zakat menerima RM 200 setiap keluarga, Tetapi bermula tahun ini Kerajaan dengan prihatin telah menambah lagi kepada RM 350 bagi setiap keluarga. Oleh itu hanya penerima-penerima yang layak sahaja patut menerima wang kerana ini adalah duit zakat yang dikeluarkan oleh orang islam dan segala syarat-syarat telah disediakan oleh pihak MAIDAM.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...