Thursday, August 12, 2010

e-BOOK UNTUK ANAK TERENGGANU

BERSONGKOK……YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh menyampaikan e-BOOK kepada pelajar- pelajar Sekolah rendah di Dun Tepoh.

KUALA NERUS, Majlis penyerahan e-BOOK kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah di dalam Dun Tepoh telah dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Seramai 1160 orang pelajar sekolah rendah terlibat dengan penyerahan e-book tersebut.

PASANGAN KEMBAR...gembira menerima e-book

Sebanyak 12 buah Sekolah Rendah di Dun Tepoh terlibat dengan penyerahan e-BOOK bagi pelajar tahun 5. Setiap pelajar yang menerima e-BOOK ini akan memulakan pembelajaran melalui sistem yang telah disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Pelajar akan didedahkan bagaimana kaedah menggunakan e-BOOK ini di sekolah dan guru yang terlibat akan membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar berkenaan.

BERATUR...pelajar menungggu untuk menerima e-book

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Ariffin Bin Haji Embong. Beliau berkata, Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak, dengan adanya e-BOOK ini, pelajar harus diberi tunjuk ajar dan harus menggunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Selain itu, beliau amat berbangga dengan kerajaan Negeri Terengganu kerana menyediakan sistem pembelajaran yang canggih.

Zaa’aid Mat Amin, 47 salah seorang bapa kepada pelajar yang menerima e-BOOK ini berkata, Beliau akan memastikan anaknya menggunakan untuk tujuaan yang berfaedah dan untuk belajar, Selain itu, beliau melihat sistem pembelajaran ini akan memberi kesan yang baik kepada pelajar.

2 comments:

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...