KUALA NERUS, Penduduk kampung di Gong Sekolah, Mengabang Telipot menikmati satu lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan iaitu sebuah Padang Futsal kepada penduduk tempatan. Padang Futsal tersebut dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh di pusat Komuniti Gong Sekolah.
Dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Sebuah padang Futsal disediakan kerana penduduk di sini begitu aktif dengan pergerakan Belia 4B. Padang Futsal ini di bina berhampiran dengan Pusat Komuniti Gong Sekolah bagi memudahkan orang ramai menggunakan kemudahan yang disediakan, Selain itu Pusat Kominiti ini adalah tempat utama bagi penduduk di sini.

Dengan adanya Padang Futsal ini, Penduduk boleh bersukan dan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, Ini adalah langkah kerajaan dan Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu untuk menghindari remaja hari ini daripada terjebak dengan perkara yang tidak sihat dan tidak berfaedah seperti merempit dan penyalahgunaan dadah.
Bagi memeriahkan majlis perasmian, Gerakan Belia 4B Cawangan Gong Sekolah dan JKKK Wakaf Tengah menganjurkan Kejohanan Futsal untuk penduduk. Sementara itu, YB Haji Muhammad Ramli Nuh berharap, penduduk tempatan di sini dapat menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-baiknya kerana beliau mahu melihat golongan belia terutamanya tidak terlibat dengan masalah sosial dan aktiviti yang tidak berfaedah.
Azmi Abdullah 29, salah seorang penduduk berkata, dengan adanya padang Futsal ini penduduk boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dan penduduk tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke tempat lain yang agak jauh dari kampung mereka.
No comments:
Post a Comment