Wednesday, September 22, 2010

Jet Rasmi Pemimpin Malaysia Terbabas


KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu 2 juruterbang TUDM berserta 3 anak kapal terbabas ke dalam kawasan lapang, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sewaktu mendarat ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang dihubungi mengesahkan pesawat terbabit sering digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara. Bagaimanapun semasa kejadian berlaku, jet tersebut di dalam tempoh latihan juruterbang dari Subang ke Kuala Terengganu dan bukannya sedang membawa VIP.


2 juruterbang dan 3 anak kapal jet berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Pengarah Urusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar dan ianya berjaya ditarik keluar pada jam 12.55 tengahari dengan mengunakan enjin pesawat itu sendiri, selepas usaha menarik mengunakan jentera kren gagal.

Dalam pada itu, lapangan terbang yang terpaksa ditutup operasinya selama lebih 2 jam disambung kembali seperti biasa pada jam 1 petang.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...