SEBERANG TAKIR HARI INI
Setiap kali hadirnya bulan Ramadhan, Bubur Lambuk tiba-tiba dicari untuk santapan. Bagi ADUN Seberang Takir, YB Hj Ahmad Razif Abd Rahman, setiap tahun beliau akan mengagihkan bubur lambuk kepada rakyat dihadapan rumahnya.
Pada 31 Ogos 2010 yang lalu, Hj Ahmad Razif dan isterinya dengan kerjasama APMT telah mengagihkan kira-kira 2000 bekas Bubur Lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan raya di hadapan rumahnya di Kg Baru, Seberang Takir. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penolong Pengarah APMT, Encik Fauzi Muda.
YB Razif Sekelamin bagi bubur lambuk. APMT menyokong sokmo menda YB buat..
ReplyDelete