Monday, May 30, 2011

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2010



WAKAF TEMBESU : 26 Mei 2011 -Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2010 telah diadakan bertempat di Dewan Riadah, Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah bermula jam 8.30 pagi iaitu pendaftaran bagi penerima anugerah dan kehadiran ibu bapa.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik tingkahlaku dan sahsiah pelajar. Ibu bapa bukan sahaja berperanan untuk memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya, tetapi juga berperanan untuk membentuk jati diri para pelajar untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Beliau juga memaklumkan bahawa Sekolah Vokasional adalah sekolah yang lebih baik dari sekolah harian biasa memandangkan terdapat pengisian mata pelajaran yang berteraskan kemahiran. Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid, guru dan panitia yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Seramai 18 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 telah mendapat anugerah kecemerlangan. Pelajar terbaik SPM 2010 mengikut aliran Kemahiran telah dimenangi oleh Yusnaini bt Yusof dari Kursus Juruteknik Rendah Elektronik Industri dengan pencapaian 1 (B), 1 (C+), 2(C), 1 (D) dan 1(E). Bagi aliran Teknik dari Kursus Perdagangan pula telah dimenangi oleh Nor Amira Syuhada bt Zukenaidi. Beliau telah memperolehi 2(A+), 3(A), 2(A-) dan 3(B+). Manakala, pelajar dari aliran Vokasional bagi Kursus Pengurusan Perniagaan pula telah dimenangi oleh Ahmad Azziq bin Ahmad Suzuki. Beliau telah memperolehi 1(A+), 2(A), 4(A-) dan 2(B+).

Mata pelajaran bagi kedudukan 10 terbaik dalam ranking Peringkat Kebangsaan SPM 2010 adalah terdiri daripada mata pelajaran Pemesinan Berkomputer, Amalan Bengkel Mesin, Penyamanan Udara, Perakauan Perniagaan, Pengisian Sains, Prinsip Perakaunan, Aplikasi Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Binaan. Majlis telah berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...