Monday, May 30, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU APMT 2011




GONG BADAK: 28 Mei 2011- Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Parlimen Kuala Nerus anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah diadakan bertempat di BB Seafood Garden. Majlis tersebut telah bermula jam 2.00 petang iaitu kehadiran ibu-ibu dan kakitangan APMT. Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri YAB ADUN Seberang Takir iaitu Puan Hajjah Harlina binti Zakaria, isteri YB ADUN Tepoh iaitu Puan Hajjah ZAleha binti Md Ali dan isteri Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Pn Hajah Salbi bt Abd Aziz.

Majlis sambutan hari ibu ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesar anak-anak. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Puan Hajjah Harlina binti Zakariabeliau telah menyatakan bahawa tugas ibu pada hari ini bukan sahaja membesar, membentuk jati diri dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tetapi juga berperanan sebagai pemimpin. Jasa dan pengorbanan ibu kepada anak-anak adalah amat besar dan tidak ternilai. Anak-anak perlu menghargai setiap jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang cemerlang.

Manakala dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Parlimen APMT iaitu En Afillah bin Mohd, beliau telah menyatakan bahawa ibu berperanan dalam membentuk sahsiah anak-anak untuk menjadi insan yang berguna pada masyarakat, agama dan bangsa.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu APMT dan lagu Oh Ibu yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Sebelum majlis berakhir, isteri ADUN Seberang Takir telah menyampaikan cenderahati kepada setiap ibu-ibu yang hadir ke majlis tersebut. Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...