Tuesday, May 17, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM SILATURAHIM BERSAMA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU





GONG BADAK : 8 Mei 2011- Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Hoki Sekolah -Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ke-6 tahun 2011 telah diadakan di Dewan Makan, SM Sains Sultan Mahmud jam 8.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, iaitu Ahli Parlimen Kuala Nerus, ADUN Seberang Takir iaitu YB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, dan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail bin Nik.

Di samping itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengetua-pengetua SBP, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Tentera Udara Diraja Malaysia, Pengerusi dan Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru dan warga SM Sains Sultan Mahmud serta sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh.

Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said iaitu Menteri Besar Terengganu kira-kira jam 8.30 malam. Kejohanan hoki Sekolah Berasrama Penuh pada kali ini mendapat sambutan yang baik dari sekolah-sekolah berasrama penuh kerana melibatkan Piala Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon dan Piala Datin Hajah Hasiah bt Kadir.

Antara pasukan lelaki yang mengambil bahagian dalam kejohanan hoki Piala Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SMS Raja Tun Azlan Shah, Maktab Tentera Diraja, Sekolah Sultan Alam Shah, SMS Johor, SBP integrasi Selandar, SMS Tengku Muhammad Faris Petra, SMS Machang, dan SMS Kuching.

Manakala pasukan perempuan yang mengambil bahagian dalam kejohanan hoki Piala Datin Hajah Hasiah bt Kadir pula melibatkan SMS Raja Tun Azlan Shah, SMS Teluk Intan, Sekolah Seri Puteri, SMS Selangor, Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah, SMS Machang, SMS Tengku Muhammad Faris Petra, dan SMS Sabah.

Johan Zon Utara SBP pasukan lelaki telah dimenangi oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman manakala Johan Zon Utara SBP pasukan perempuan pula telah dimenangi oleh SMS Raja Tun Azlan Shah. Majlis tersebut telah berakhir kira-kira jam 10.45 malam



KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...