Sunday, May 22, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA NERUS KALI KE-23 TAHUN 2011






GONG BADAK : 20 Mei 2011-Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus Kali Ke-23 Tahun 2011 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) jam 2.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri iaitu Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita dalam cawangan- cawangan.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus iaitu YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said, Naib Ketua iaitu YBhg. Haji Hassan bin Ali, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu YBhg Pn Hajjah Khadijah bt Haji Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Haji Apli bin Yusoff, Ketua Pergerakan Puteri UMNO iaitu Pn Aida bt Azam, Setiausaha UMNO iaitu Haji Abdul Rahman bin Mohd, Bendahari UMNO iaitu Haji Ismail bin Nik serta ahli –ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Dalam ucapan yang telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, beliau telah menyatakan bahawa kehadiran perwakilan-perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan pada kali ini adalah yang paling ramai kerana 1 cawangan telah dianggotai oleh 5 orang wakil dari setiap cawangan. Semua sayap di Kuala Nerus pada hari ini dapat bekerjasama antara satu sama lain seiring dengan UMNO. Beliau juga telah menyatakan bahawa peranan Wanita UMNO pada hari ini adalah memujuk dan merayu rakyat untuk memberi sokongan kepada UMNO. Pendekatan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Wanita UMNO telah diterima rakyat berbeza dengan tindakan wanita pembangkang yang lebih bercorak agresif. Justeru, beliau juga berpesan agar Pergerakan Wanita menukar strategi untuk menyakinkan rakyat menyokong UMNO. Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa Pergerakan Puteri UMNO juga amat penting kerana merupakan tulang belakang UMNO dan pembakar semangat kepada sayap-sayap.

Manakala, Pergerakan Pemuda UMNO pula berperanan sebagai benteng harapan negara. Selain itu, beliau juga berharap agar semua sayap dalam UMNO bergerak dalam satu pasukan untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan dan penyatuan rakyat demi memastikan kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke -11. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berpesan agar semua jentera pilihanra dan pergerakan sayap-sayap perlu bekerja lebih kuat untuk parti demi memastikan semua rakyat menentukan kemenangan dalam parti. Mesyuarat perwakilan tersebut telah berakhir hampir jam 7.00 petang.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...