Monday, February 28, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL APMT BERSAMA JAWATANKUASA SURAU PAKR BUKIT TUNGGAL







BUKIT TUNGGAL : 25 Februari 2011Majlis Sambutan Maulidur Rasul APMT bersama Jawatankuasa Surau PAKR Bukit Tunggal telah diadakan bertempat di Surau PAKR Bukit Tunggal. Majlis tersebut bermula jam 7.30 malam dan telah dihadiri oleh Pegawai APMT Parlimen Kuala Nerus, iaitu Encik Afillah Bin Mohd. Turut hadir ialah Ketua Penyelia APMT DUN Bukit Tunggal iaitu Cik Rahayu bt Che Ayob dan kakitangan APMT yang lain.


Maulidur Rasul pada tahun ini disambut dengan penuh meriah dan kesyukuran kerana mendapat sambutan daripada jawatankuasa Surau PAKR dan juga daripada penduduk sekitar PAKR Bukit Tunggal terutamanya di kalangan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan ucapan ceramah yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Wan Fajrulhisham bin Wan Abdullah. Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa pentingnya semangat ukhuwah di kalangan orang islam pada masa kini. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa, umat islam masa kini perlu bersatu-padu untuk memastikan keharmonian masyarakat dan negara.



Majlis tersebut turut disertai dengan majlis cukul jambul anak-anak penduduk PAKR. Seramai lebih kurang 4 orang bayi mencukur jambul pada majlis tersebut. Majlis cukur jambul turut disertai dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.



KUALA NERUS HARI INI

PROGRAM ANAKKU SAYANG BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2011 MERIAH

YB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman menyerahkan Butang Galakan 5A kepada calon UPSR

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi

dan Sumber Manusia, YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman

menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Anakku Sayang

Bersama Ibu bapa Calon UPSR Tahun 2011.

Tumpukan perhatian kepada anak-anak..Antara ucapan yang disampaikan oleh YDP PIBG SKBT, Tuan Haji Ismail bin Nik merangkap Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Ibu bapa bersama para pelajar mendengar ceramah sempena Program Anakku Sayang di dewan SKBT baru-baru ini.

Guru Besar SKBT Encik Mohd Zaidi Bin Yaakub menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.


Pasukan kompang daripada pelajar SKBT sempena menyambut ketibaan YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman baru-baru ini.

Guru-guru SKBT menjaga kaunter pendaftaran para pelajar Tahun 6.

BUKIT TUNGGAL: 24 Februari 2011- Program Anakku Sayang Bersama Ibu bapa calon UPSR tahun 2011 telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dengan kehadiran ramai ibu bapa dalam suasana penuh meriah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, iaitu Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik.

Sebaik sahaja YB Tuan Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman tiba di perkarangan sekolah, majlis dimulakan dengan paluan kompang yang telah dipersembahkan oleh pelaja-pelajat tahun 4,5,dan 6. Turut mengiringi beliau ialah Guru Besar SKBT iaitu Haji Mohd Zaidi Bin Yaakub dan Guru Penyelaras UPSR iaitu Encik Johari bin Mohamed.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh guru besar iaitu Encik Mohd Zaidi Bin Yaakub, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa, YB Haji Ahmad Razif dan juga Tuan Haji Ismail bin Nik ke majlis tersebut. Beliau juga menggesa agar ibu bapa ambil cakna terhadap anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa Terengganu masih lagi unggul dalam Peperiksaan UPSR. Pada tahun ini, seramai 25 orang pelajar daripada 195 orang calon telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Manakala jumlah pelajar yang mendapat 4A pula adalah seramai 10 orang. Peratus peningkatan pelajar yang telah berjaya mendapat 5A adalah sebanyak 13.02%. Di samping itu, SKBT juga telah menduduki ranking ke-89 terbaik dalam UPSR daripada 745 sekolah yang mengambil peperiksaan tersebut di Negeri Terengganu.

Beliau juga berharap agar ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak agar aktif dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini kerana pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang bermoral. Pada masa yang sama, beliau juga telah memaklumkan bahawa pada tahun ini beliau mensasarkan peratus pelajar yang akan lulus dalam semua mata pelajaran adalah sebanyak 80%. Pada tahun ini juga, pihak sekolah akan mengadakan motivasi, kem-kem pelajaran, kelas tambahan,kelas malam dan juga kursus kem teknik menjawab soalan kepada pelajar-pelajar tahun 6.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau juga berharap agar ibu bapa lebih banyak menumpukan perhatian kepada pembelajaran anak-anak. Selain itu, beliau juga menggesa agar ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak supaya lebih banyak menumpukan perhatian dalam pendidikan. Beliau juga berpesan supaya ibu bapa sentiasa mengawal segala tindak-tanduk anak-anak sama ada mereka berada di rumah, sekolah dan juga ketika anak-anak bersama dengan kawan-kawan.

Di samping itu, beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mengelakkan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

Manakala dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Ahmad Razif pula, beliau telah menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM35 Juta setahun kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam kemajuan pendidikan negeri. Kekuatan guru-guru di Terengganu dalam mendidik dan memastikan kejayaan pelajar tidak dapat ditandingi oleh mana-mana guru di negeri lain.

Baru-baru ini, YB Ahmad Razif telah memaklumkan bahawa Duta U.S.A telah datang ke Terengganu untuk melihat program pendidikan di negeri ini. Duta tersebut telah menyatakan bahawa pendidikan di Terengganu adalah merupakan pendidikan yang bertaraf anatarabangsa kerana satu-satunya negeri yang telah mengadakan “Virtual Class” dalam pembelajaran. Menjelang tahun 2015, kerajaan negeri juga telah mensasarkan agar setiap daerah akan mempunyai sebuah Sekolah Elit Imtiaz bagi menampung jumlah pelajar Terengganu yang cemerlang dalam pelajaran.

Beliau juga telah melahirkan perasaan bangga kerana Terengganu telah tiga tahun berturut-turut cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Di samping itu, beliau juga berharap agar rakyat perlu mengekalkan kepimpinan negeri dan negara yang ada pada hari ini perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Pada masa yang sama, beliau juga menggesa agar para pelajar lebih tekun belajar untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang sekaligus dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha untuk merealisasikan Program Kecemerlangan Pendidikan Komuniti (PKPK) dengan matlamat sasaran iaitu“201052” akan tercapai.


Wednesday, February 23, 2011

PERANGI DENGGI



Seberang Takir : 21 Februari 2011 Satu majlis perasmian bengkel denggi telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Takir jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pusat Kesihatan Seberang Takir iaitu En Azmi, Timbalan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir iaitu Haji Hussein bin Muda serta kakitangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Encik Azmi, beliau telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan misalnya telah mengadakan gotong-royong serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Justeru, pentingnya pihak guru dan sekolah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Hal ini keranademam denggi merupakan sejenis penyakit bawaan vektoryang menjadi masalah utama kesihatan awam sejak kebelakangan ini. Setiap tahun kejadian demam denggi yang dilaporkan mencecah angka yang amat membimbangkan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau telah menyatakan bahawa pihak kerajaan sangat mengambil berat bagi membanteras denggi. Justeru, peningkatan aktiviti kawalan perlu diperhebat bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan namun juga Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa peranan dan penglibatan masyarakat adalah amat dituntut demi membendung kejadian wabak denggi.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada hari ini tidak bergantung harap sepenuhnya bahawa tugas mencegah demam denggi adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.

KUALA NERUS HARI INI

MAJLIS RAMAH MESRA PERONDA SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) RUKUN TETANGGA


GONG KIJANG : 17 Februari 2011- Majlis Ramah Mesra Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama pemimpin masyarakat telah di adakan bertempat di Balai Khairat JKKK Kampung Gong Kijang jam 9.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK Gong Kijang iaitu Haji Abd Rahman Bin Salleh, Ketua Balai Polis Gong Badak iaitu ASP Hazifal dan Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu iaitu ASP Norizam serta penduduk kampung Gong Kijang.

Majlis yang dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Haji Abd Rahman Bin Salleh dengan berselawat beramai-ramai. Majlis tersebut juga turut mendapat sambutan daripada penduduk Kampung Gong Kijang.

Seterusnya,Pegawai Pembangunan DUN menyampaikan ucapan beliau. Dalam majlis tersebut, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKKK Gong Kijang kerana memberi tapak balai khairat untuk melakukan aktiviti-aktivi kebajikan. Beliau juga menyatakan bahawa setiap anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu berjaga bersungguh-sungguh untuk maruah dan keselamatan kampung.

Di samping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Haji Abd Rahman Bin Salleh kerana menjemput beliau kemajlis yang penuh bermakna itu. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, beliau juga berharap agar KRT Kampung Gong Kijang sentiasa bersemangat untuk membuat rondaan-rondaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak berhenti begitu sahaja dan segala aktivi yang akan dilaksanakan perlulah sentiasa berterusan.

KUALA NERUS HARI INI

Tuesday, February 22, 2011

Cadangan @ aduan secara SMS



23 Febuari 2011- Pihak Ibu Pejabat APMT Negeri Terengganu telah menyediakan satu sistem untuk kemudahan orang awan membuat cadangan atau aduan secara terus kepada pejabat DUN/Parlimen bagi setiap kawasan dalam Negeri Terengganu.

Bagi kawasan DUN Seberang Takir, Kod yang digunakan adalah APMT11. Sekarang sesiapa sahaja boleh memberi cadangan atau aduan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun seberang Takir dengan cara sms melalui telefon bimbit anda. hanya dengan cara menaip APMT 11(jarak)cadangan@aduan(jarak)nama anda dan hantar ke 32886, cara yang mudah dan ringkas.



KUALA NERUS HARI INI

Monday, February 21, 2011

PELAJAR CEMERLANG STPM 2010



21 Februari 2011- YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman telah meraikan kegembiraan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) semalam di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Kejayaan ini membuktikan Negeri Terengganu kekal sebagai negeri yang mencatatkan kejayaan paling cemerlang dalam keputusan STPM 2010. YB Ahmad Razif selaku ADUN Seberang Takir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan ini dan berharap Negeri Terengganu terus mengekalkan kejayaan ini pada masa akan datang.



YB Haji Ahmad Razif berkongsi kegembiraan bersama pelajar cemerlang STPM Sekolah Menengah Ibrahim Fikri







KUALA NERUS HARI INI

Thursday, February 17, 2011

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal kali ke-23




BUKIT TUNGGAL - 16 FEB 2011- Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal kali ke-23 yang diadakan bertempat di padang sekolah tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal dan juga merangkap Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tunggal. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu, dimulai dengan perbarisan kontinjen pasukan-pasukan rumah sukan dan juga unit-unit beruniform sekolah.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau ke sukan tahunan sekolah. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru besar kerana kejohanan olahraga sukan sekolah pada tahun ini adalah yang terakhir buat Encik Mohd Zaidi bin Yaakub.

Antara acara-acara sukan yang telah dipertandingkan adalah 80 M Akhir Berpagar lelaki dan perempuan tahun 6, 100 M Akhir Lelaki dan Perempuan tahun 4,5 dan 6 serta 4x200 M Akhir lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6. Bagi acara sukaneka tahap I lelaki dan perempuan pula, acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti tiup belon, 80 M lari berganti-ganti lelaki dan perempuan, isi air dalam botol, tutup mata tangkap bola serta kayu dan bola hoki.

Majlis kejohanan sukan tersebut telah berakhir kira-kira jam 5.30 petang. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori perbarisan rumah sukan, perbarisan unit beruniform dan hiasan rumah sukan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik dan diiringi oleh Guru Besar iaitu Encik Mohd Zaidi bin Yaakub.



KUALA NERUS HARI INI

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...