Wednesday, February 23, 2011

PERANGI DENGGI



Seberang Takir : 21 Februari 2011 Satu majlis perasmian bengkel denggi telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Takir jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pusat Kesihatan Seberang Takir iaitu En Azmi, Timbalan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir iaitu Haji Hussein bin Muda serta kakitangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Encik Azmi, beliau telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan misalnya telah mengadakan gotong-royong serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. Justeru, pentingnya pihak guru dan sekolah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Hal ini keranademam denggi merupakan sejenis penyakit bawaan vektoryang menjadi masalah utama kesihatan awam sejak kebelakangan ini. Setiap tahun kejadian demam denggi yang dilaporkan mencecah angka yang amat membimbangkan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau telah menyatakan bahawa pihak kerajaan sangat mengambil berat bagi membanteras denggi. Justeru, peningkatan aktiviti kawalan perlu diperhebat bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan namun juga Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa peranan dan penglibatan masyarakat adalah amat dituntut demi membendung kejadian wabak denggi.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada hari ini tidak bergantung harap sepenuhnya bahawa tugas mencegah demam denggi adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...