Pelbagai acara dan program dilakukan bagi memenuhi kehendak dan permintaan rakyat . Baru-baru ini bertempat di Dataran Permata Kg Baru, Seberang Takir telah diadakan Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Kebangsaan Peringkat DUN Seberang Takir yang berakhir pada 25 Jun 2010 anjuran Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir.
Majlis Tilawah Al Quran telah mendapat sambutan penyertaan yang agak ramai iaitu 20 Qari dan 22 Qariah. Keadaan ini telah memaksa jawatakuasa penganjur mengadakan proses saringan selama seminggu untuk memilih 5 Qari dan 5 Qariah bagi dibawa ke peringkat akhir. Manakala Pertandingan Nasyid disertai oleh semua Sekolah Kebangsaan di dalam DUN Seberang Takir
Kategori Qari telah dimenangi oleh Encik Al Paisar Wahab dari JKKK Bukit Tok Beng. Manakala Qariah pula dimenangi oleh Hajjah Maimunah Yaakub dari JKKK Telaga Daing. Masing-masing membawa pulang Wang Tunai RM300, Piala Pusingan dan Piala Iringan sebagai hadiah johan pertandingan.
Johan Nasyid dimenangi oleh pasukan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kedua Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.
No comments:
Post a Comment