Monday, July 12, 2010

PESAKIT ANGIN AHMAR MENERIMA BANTUAN KERUSI RODA BARU

YB Haji Muhamad Ramli bin Nuh bersama dengan Pengerusi JKKK dan AJK kampung di rumah pesakit angin ahmar

TEPOH 7 Jun, Seorang pesakit angin Ahmar Jaafar jusoh, 58, yang juga salah seorang pesara Tentera menghidapi penyakit angin ahmar sejak 7 bulan lalu dikunjungi oleh YB Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh ke rumahnya di Kampung Alur Damat. Penderitaan beliau mendapat perhatian daripada Adun Tepoh itu dengan menyumbangkan sebuah kerusi roda dan sedikit sumbangan lain.

Selepas bersara daripada tentera, Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tapak pasar malam di kawasan negeri ini untuk menampung hidup sekeluarganya. Turut membantu ialah isteri beliau. Sejak menghadapi penyakit angin ahmar ini, isteri beliaulah yang menyambung menjalankan perniagaan sambil dibantu oleh anak-anak beliau.


Beliau sangat terharu dengan kehadiran dan keprihatinan Adun Tepoh itu dan berharap penyakitnya akan sembuh dengan rawatan yang dijalankan di Hospital Negeri Terengganu. Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) serta beberapa Ahli Jawatan kuasa kampung tersebut turut memainkan peranan dalam mencakna kebajikan penduduk di kampung di Alur Damat.

Semenjak beliau terkena penyakit Angin Ahmar ini, beliau hanya mampu berehat di rumah sahaja. Beliau mempunyai anak seramai 7 orang, yang masih bersekolah dan bekerja.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...