Thursday, July 1, 2010

PROGRAM MOTIVASI DAN KEM KECEMERLANGAN UPSR 2010


BUKIT TUNGGAL : 1 JULAI 2010 -Majlis perasmian Program Motivasi dan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 2 2010 telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal yang juga selaku Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Program Motivasi dan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 2 yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal itu dihadiri oleh seramai 193 orang murid dan tenaga pengajar atau fasilitator adalah terdiri dari kalangan guru-guru tahun 6.

Menurut Penolong Kanan 1 sekolah tersebut iaitu Puan Hajah Rose Elina Bt Kamaruddin, majlis tersebut adalah merupakan satu program khas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru tahun 6.

Beliau juga telah menyatakan bahawa kem yang akan dijalankan selama 3 hari bermula pada hari ini yang melibatkan pengisian mata pelajaran peperiksaan UPSR diadakan bertujuan untuk memantapkan keyakinan dan pengetahuan para pelajar menjelang peperiksaan UPSR yang akan dihadapi menjelang September ini.

Selain itu, kem ini juga diadakan bertujuan untuk membaiki segala aspek kelemahan pelajar dalam mata pelajaran sekaligus membangkitkan usaha dan semangat mereka kearah Peperiksaan UPSR.

Dalam majlis yang sama juga, Pengerusi PIBG iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik telah menasihati para pelajar agar meningkatkan usaha untuk menghadapi Peperiksaan UPSR. Beliau telah mengingatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana semua guru sekolah tersebut telah melaksanakan program sekolah demi kecemerlangan pelajar mengikut tahap kemampuan pelajar masing-masing. Di samping itu, beliau juga berpesan agar para pelajar membuat perubahan dalam kriteria dan kelakuan diri agar lebih banyak program sekolah dapat diadakan.


KUALA NERUS HARI INI



No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...