Monday, July 12, 2010

Ceramah Isra' Mikraj



BUKIT TUNGGAL, 13 JULAI 2010 – Satu majlis sempena menyambut Isra’ dan Mikraj anjuran APMT bersama Kelab Belia 4B Bukit Tunggal telah diadakan di Surau PAKR Bukit Tunggal selepas solat maghrib. Majlis yang turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz mendapat sambutan oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Majlis tersebut telah dianggotai oleh YBhg Ustaz Nazri. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang Isra’ dan Mikraj. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau telah mengingatkan muslimin dan muslimat agar tidak meninggalkan solat lima waktu kerana solat merupakan tiang agama. Tambahan pula, azab bagi mereka yang meninggalkan solat adalah amat pedih.

Selain itu, beliau juga turut menyeru muslimin dan muslimat agar sentiasa mengingatkan akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh-NYA. Beliau juga mengingatkan agar umat islam mengeluarkan zakat yang telah diwajibkan kepada kita sebagaimana yang telah terkandung dalam Rukun Islam. Terdapat beberapa kategori zakat yang telah dituntut oleh Islam iaitu zakat fitrah (Hari Raya ), zakat pendapatan, dan zakat perniagaan.

Untuk mendapat keredhaan dan kemuliaan disisi-NYA, umat islam juga diingatkan agar sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T dan sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah yang telah diamalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bagi mereka yang sentiasa memperbanyak amal soleh, maka golongan tersebut akan mendapat syafaat, keberkatan dan kerahmatan oleh Allah S.W.T.
KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...