Saturday, July 31, 2010

PERASMIAN PENUTUP BATMINTON DI PULAU DUYUNG

PULAU DUYUNG: 17 Julai 2010: Pihak Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pulau Duyung telah menganjurkan permainan batminton secara tertutup. Majlis tersebut telah diadakan seminggu sebelum ini dan permainan akhir berentap pada malam tersebut. Seramai sepuluh pasukan yang terdiri dari dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B telah mempamirkan permainan mereka masing-masing.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik,Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Di antara lain, beliau menyatakan di dalam ucapannya bahawa pertandingan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan para pemuda yang mempunyai semangat perjuangan. Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diadakan dari masa ke semasa kerana perkara ini akan membentuk jiwa pemuda yang bersemangat. Secara tidak langsung ianya akan dapat membendung budaya yang kurang sihat di samping mengelak para pemuda terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.

Majlis tersebut selesai pada jam 11.30 malam dan di antara mereka yang hadir pada malam tersebut ialah ketua-ketua JKKK dan pengerusi-pengerusi cawangan.
KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...