Wednesday, March 9, 2011

Keluarga Yatim Piatu Dibantu


SEBERANG TAKIR HARI INI

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini bersesuaian kepada 10 adik beradik sebuah keluarga di Kg Gong Kuin di dalam JKKK Pak Tijah yang kehilangan tempat bergantung setelah kematian ibu dan bapa mereka. Semasa bapa masih ada, kehidupan mereka hanya bergantung kepada pendapatan si bapa yang menjual besi buruk semata-mata sehinggakan pelajaran anak-anak tidak dititikberatkan. 7 daripada adik beradik ini hanya berjaya menamatkan persekolahan mereka di tahun 6 sahaja.

Tindakan pantas telah diambil oleh YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN kawasan Seberang Takir bersama JKKK dan pihak Yayasan Terengganu. YB Razif telah memberikan sumbangan bekalan makanan. 3 beradik yang berumur 10-16 tahun YB Razif pastikan mereka kembali ke sekolah. Biasiswa daripada Yayasan Terengganu akan diberikan sebulan selepas mereka menghadiri sessi persekolahan. Melengkapkan sumbangan YB ADUN, 2 basikal, wang tunai dan bekalan makanan turut diberikan.




5 ahli keluarga yang kini yatim piatu


YB Razif ( berkaca mata ) menyerahkan sumbangan kepada saudara paling tua.


YB Razif ( 3 dari kanan ) menyatakan sesuatu kepada ahli keluarga yatim piatu.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...