Sunday, March 27, 2011

KEJOHANAN FUTSAL VETERAN PIALA MUHIBAH DUN TEPOH


TEPOH, Sebanyak 8 Pasukan Veteran menunjukkan kebolehan bermain futsal di Kejohanan Futsal Veteran Piala Muhibah yang diadakan di Futsal Bukit Jong, Tepoh. Turut serta dalam kejohanan ini ialah YB Ustaz Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh mewakili pasukan kampung kelahirannya, iaitu Kampung Pagar Ubi.

Kejohanan ini diadakan bagi mengeratkan silatulrahim golongan veteran sesama sendiri kerana kejohananan Piala Muhibah ini telah lama diadakan. Bagi meraikan Golongan veteran ini satu Kejohanan diadakan bermula jam 9 malam hingga jam 12 malam.

Setiap peserta pasukan mestilah berumur 40 tahun ke atas dan seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK).

Juara pada malam itu, Pasukan Veteran Tok Jiring mengalah Pagar Ubi, 3 berbalas 1. Juara membawa pulang sebuah Piala Pusingan Muhibah, Medal serta wang tunai dan diikuti tempat ke ketiga dan keempat.

Hadiah di sampaikan oleh YB Ustaz Haji Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, dan beliau berharap Kejohanan seperti ini akan diadakan lagi kerana dapat mengeratkan lagi hubungan golongan veteran sesama veteran.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...