Wednesday, March 9, 2011

Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKBT

BUKIT TUNGGAL - 02 Mac 2011- Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh kali ke-18 2011 yang diadakan bertempat di padang sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad, iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus yang mewakili pihak YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal yang tidak dapat hadir. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu, dimulai dengan perbarisan kontinjen pasukan-pasukan rumah sukan dan juga unit-unit beruniform sekolah.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada Guru Besar kerana dapat mengadakan Kejohanan Olahraga dan merupakan satu kejayaaan yang perlu di banggakan.Untuk menjadi juara bukanlah mudah.Kita hanya tahu berlari tapi tidak ramai orang yang tahu cara untuk berlari dengan betul.Jadi kita hendaklah belajar.

Antara acara-acara sukan yang telah dipertandingkan adalah 4x 100M Akhir lelaki dan perempuan tahun 6, 4X100 M Akhir Lelaki dan Perempuan tahun 4,5 dan 6 serta 4x200 M Akhir lelaki dan perempuan tahun 4,5 dan 6. Bagi acara sukaneka tahap I lelaki dan perempuan pula, acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti tiup belon, isi air dalam botol, lari dalam guni.Bagi acara untuk Ibubapa pula dipertandikan Belon Ku Sayang.Acara bagi Guru juga dipertandingkan iaitu Junjung buku ( Cikgu Wanita ) dan Larian Terompah Gergasi ( Gikgu Lekaki ).

Majlis kejohanan sukan tersebut telah berakhir kira-kira jam 7.00 petang. Majlis penyampaian hadiah bagi kategori perbarisan rumah sukan, perbarisan unit beruniform dan hiasan rumah sukan telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Mohamad dan diiringi oleh Guru Besar iaitu YM Puan Hajah Syarifah Kasmani bt Syed Akil.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...