Monday, March 21, 2011

MAJLIS JASA MU DIKENANG






BUKIT TUMBUH - 18 Mac 2011- Majlis Jasa Mu Di Kenang telah diadakan di Balairaya Kampung Bukit Tumbuh pada jam 3 petang dan di hadiri oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, serta isteri Puan Hajah Salbi binti Abd Aziz, Encik Hasnudin bin Hashim Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Tungggal,Ketua dan ahli jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan JKKK.

Majlis dimulakan dengan ucapan YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal. Dalam ucapan, beliau mengucapkan taniah kepada UMNO Cawangan Bukit Tumbuh kerana dapat mengadakan majlis bagi menyenang jasa-jasa Veteran UMNO (orang lama yang menaikan orang UMNO pada masa dulu). Dalam ucapan beliau, kalau tidak ada orang lama, tidak adalah orang baru. Beliau mengingati kepada semua supaya cakna dan ambil berat akan golongan warga Veteran dan bekerja keras untuk mendapat kemenangan dan dapat merampas kembali DUN Bukit Tunggal.

Program-program seperti ini haruslah diteruskan bagi kita memperkasakan parti UMNO dan mengenang jasa-jasa beliau seperti menziarahi orang sakit atau orang tua dan sebagai masyarakat pula seharusnya ambil tahu apa yang sedang berlaku dalam Cawangan mahupun DUN.

"Apakah YB Pas telah buat sekarang? Kita sebagai orang UMNO perlulah berubah sikap ke arah memperkasakan UMNO.dan juga kita harus berpesan kepada pengundi-pengundi luar supaya mereka tidak mendengar tuduhan, hasutan orang PAS yang telah dilemparkan kepada orang UMNO. Negara-negara islam sekarang ini telah di porak perandakan oleh orang-orang bukan islam oleh sebab itu kita kena lah memuhasabah diri dan cakna kepada parti kita ini sekarang dan sebagai seorang pemimpin juga haruslah peka kepada rakyatnya." Secebis ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal.

Dalam ucapan Ahli Parlimen Dato', beliau mengucapkan tahniah kepada cawangan di atas kejayaan majlis ini sehingga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beliau juga mengingatkan bahawa semangat semasa pilihanraya tahun terdahulu kita dahulu perlu disemarakkan lagi. Beliau juga menyatakan banyak kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada orang ramai dan sebagai membalas budi haruslah menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional dan berjuang habis-habisan demi anak bangsa kita. Hal ini kerana rakyat Negeri Terengganu paling bertuah kerana banyak kemudahan yang diberikan dan seharusnya bersyukur. Kekuatan melayu harus digembleng dan mengambil ikhtibar dalam pilihanraya lalu.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Embong bin Yusof *Pn. Rabiah bt Daud

* En. Majid bin Embong *Hajah Nik bt Jusoh

*Tuan Haji Man bin Haji Mat *Hajah Rahmah bt Abdul Hamid

*Tuan Haji Said Harun bin Abdullah *Hajah Khatijah bt Awang

*En. Awang bin Abd Rahman *Hajah Esah bt Abd Rahman


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...