Monday, March 21, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA KRT DAN SRS BERSAMA MASYARAKAT




BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Ramah mesra Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) dan Peronda Skim Rondaan Sukerela ( SRS ) bersama masyarakat yang diadakan di Balairaya Taman Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Tunggal pada jam 10 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Ketua Balai Polis Gong Badak iaitu ASP Hazifal, Pegawai AADK iaitu Puan Julia bt Jusoh

Dalam ucapan PPD, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi KRT kerana menjemput beliau untuk menghadiri program tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa setiap anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu memainkan peranan menjaga kawasan dengan sebaik-baiknya demi maruah dan keselamatan kampung. Beliau juga berharap agar KRT PAKR Bukit Tunggal sentiasa bersemangat untuk membuat rondaan-rondaan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak berhenti begitu sahaja dan segala aktivi yang akan dilaksanakan dan perlulah sentiasa berterusan.

Di samping itu, dalam ucapan beliau juga menasihatkan semangat perpaduan antara jiran-jiran harus dipupuk kerana ia dapat mengekalkan keharmonian kampung dan juga kerjasama di antara JKKK dan orang kampung amat penting dalam menjayakan sesuatu program. Didikan Ibubapa amat penting dalam membentuk peribadi mulia kepada anak-anak kerana banyak masalah sosial dan jenayah berlaku bermula dari didikan dan asuhan dari rumah.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...