Monday, March 21, 2011

PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN


BUKIT TUNGGAL - 19 Mac 2011- Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan, Per.Wanita, Pemuda dan Puteri dalam DUN Bukit Tunggal telah diadakan di Dewan Al- Arif Sekolah Menengah Bukit Tunggal tepat jam 3 petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Haji Ismail Bin Nik, iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bersama isteri, Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof Pengerusi Penyelaras wanita Umno DUn Bukit Tunggal,Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus,Ketua-Ketua Cawangan dan AJK,Ketua-ketua Wanita dan AJK, Ketua-ketua Pemuda dan AJK, Ketua-ketua Puteri dan AJK, Pengerusi-pengerusi JKKK dan AJK. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Majlis bermakna ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Y.Bhg. To’ Puan Hajah Sabariah binti Dato’Hj.Muhammad Yusof mewakili sayap UMNO ( Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri DUN ). Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kehadiran wanita yang ramai pada hari tersebut. Banyak program-program yang telah berjaya dilaksanakan dalam DUN Bukit Tunggal. Antara program wanita yang dianjurkan iaitu Majlis Bacaan Surah Yasin, Majlis Tadarus dan mengadakan lawatan ke rumah rakyat setempat yang uzur. Manakala Pemuda dan puteri telah berjaya menganjurkan program seperti ekspedisi ,pertandingan futsal, bola jaring dan lain-lain. Pengerusi Penyelaras Wanita meluahkan rasa gembira dan terharu akan penglibatan wanita yang sangat menggalakkan dalam setiap program yang diajurkan oleh DUN.

Majlis seterusnya disusuli oleh ucapan dari Pegawai Pembangunan DUN. Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa perasmian hari ini sebagai titik permulaan Mesyuarat Agong disetiap cawangan dan tiga cawangan penaja baru sudah boleh bermesyuarat iaitu Cawangan Duyung Wan Su, Cawangan Dusun / Banggol Limau dan Cawangan Perumahan Bukit Datu. DUN Bukit Tunggal sudah mempunyai 26 cawangan dan yang masih menunggu 2 cawangan lagi untuk menjadi penaja iaitu Cawangan Bukit Kandis dan Cawangan Taman Semarak. Beliau memaklumkan mesyuarat agong yang akan di adakan di cawangan pada kali ini adalah merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum menjelang Pilihan raya yang ke 13.

Beliau juga menasihatkan pada hadirin supaya menjauhi sikap memecahbelahkan antara satu sama lain. Hal ini kerana terdapat sikap manusia yang hipokrit hanya baik dihadapan tetapi dibelakang kita bersumpah seranah pula. Walaubagaimanapun, beliau mengakui keakuran bahawa tiada seorang manusia pun didunia ini yang sempurna melainkan Allah Taala.

Beliau menyeru semua yang hadir tingkatkan keazaman yang tinggi dan bekerja dengan semangat yang lebih kuat lagi demi mencapai matlamat merampas kembali kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan parti pembangkang. Beliau berkata soal calon tidak usah difikirkan kerana itu ditentukan oleh yang atasan yang diberi kuasa memilihnya. Beliau mengingatkan pokok utama kerja yang dibuat adalah untuk memastikan kemenangan besar di DUN Bukit Tunggal nanti walaupun hari ini ramai yang ingin menjadi calon dan beliau berharap semua yang hadir tidak mempersoalkan lagi siapa yang layak menjadi calon sebab sesiapa pun yang menjadi calon nanti perlu disokong sepenuhnya. "Marilah kita semua tingkatkan Azam Bulatkan Semangat semoga PRU 13 UMNO mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang di Parlimen Kuala Nerus nanti IsyaAllah." Inilah kata-kata semangat yang dilaungkan di akhir ucapan Pegawai Pembangunan DUN.

Dalam ucapan perasmian yang di sampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj.Hassan bin Ali iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, beliau mengingatkan semua jentera pilihan raya agar sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan dengan semangat yang kuat dan kukuh ia tidak akan merubah apa-apa walaupun sehebat mana badai yang melanda.

“ Membujur lalu..melintang patah… bersatu kita teguh..bercerai kita roboh maka marilah kita sama-sama tanamkan keazaman untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi merampas balik kerusi DUN Bukit Tunggal dari tangan PAS.

Antara penerima-penerima Anugerah Jasa Mu Di Kenang :-

*Tuan Haji Yong bin Abdullah *Pn. Raja Timah bt Raja Abdullah

*En. Ngah bin Awang *Pn. Izam bin Led

*Tuan Haji Mohd bin Mohd Amin *Pn. Aminah bt Ali

*En. A Rahman bin Mohamad *Pn. Zabedah bt Long

*En. Ismail bin Mahamud *Pn. Lijah @ Puteh bt Ali

* Tuan Haji Salleh bin Omar * Pn. Sarifah bt Zainal

* Tuan Haji Lambak bin Ismail * Pn. Khatijah bt Hassan

* En. Abd. Rashid bin Sembok * Pn. Wook bt Said

* En. Mohamad bin Ismail * Pn. Kalsom bt Jusoh

* En. Jusoh bin Mohamed * Pn. Ngah bt Embong

* En. Abu Bakar bin Salleh * Pn. Kelsom bt Abd Aziz

* En. A Rahman bin Mohd * Pn. Fatimah bt Abdullah

* En. Anuar @ Mohd Aziz bin Mustafa * Pn. Hajah Mariam bt Yusof

* Tuan Haji Abdullah bin Salleh * Zainab @ Mariam bt Muda

* Tuan Haji Mohamad bin Abu Bakar * Pn. Hajah Fatimah @ Senanis bt Ngah

* En. Mat bin Daud * Pn. Embat bt Salleh

* En. Mansor @ Adam bin Ali * Pn. Hajah Satinah bt Ismail

* En. Embong bin Jusoh * Pn. Rafiah bt Talib

* En. Muhamad bin Mat Laner * Pn. Pisah bt Mohd Zain

* En. Wan Manan bin Wan Embong * Pn. Zainun bt Chik

* En. Che Wan Rashid bin Abu Bakar * Pn. Ganti bt Yusof

* En. Ali bin Ismail * Pn. Sunah bt Yusof

* Tuan Haji Ngah bin Abdullah * Pn. Hajah Maznah bt Yusoaf

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...