Tuesday, March 15, 2011

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT





BUKIT TUNGGAL - 12 Mac 2011- Program Kempen Cara Hidup Sihat yang diadakan bertempat di Dewan Sivik Bukit Tunggal tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. Turut mengiringi To’Puan Hajah Sabariah binti Dato’ Muhamad Yusof Pengerusi Penyelaras Wanita DUN Bukit Tunggal, YBhg Tuan Haji Ismail Bin Nik Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Pengerusi JKKK dalam DUN Bukit Tunggal.

Seterusnya, ucapan perasmian majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri ,Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan taniah kepada pihak Klinik kesihatan Bukit Tunggal kerana dapat mengadakan program tersebut dan sanggup turun padang bagi menjayakan program itu dan juga memprmosikan amalan hidup sihat kepada masyarakat. Dalam ucapannya juga beliau juga berpesan kepada masyarakat setempat agar menjaga kesihatan bagi menjamin kesejahteraan hidup.dengan pemakanan yang baik mewujudkan kesihatan yang sempurna didalam keluarga.hari ini .

Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk kecermelangan anak-anak terutamanya selalu peka pada kesihatan,pemakanan dan kebersihan selalu. Cara hidup sihat amatlah penting pada kita semua.kita kena sentiasa peka dalam soal pemakanan,dan kesihatan agar anak-anak sentiasa didalam kecermerlangan yang terbaik.Kesihatan yang baik memberi kehidupan yang sempurna.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :-

*Senamrobik

* Derma darah

*Pemeriksaan Kesihatan

*Pemeriksaan gigi utk warga emas dn dewasa

*Rawatan fluorida utk gigi kanak-kanak

*Pemeriksaan pap smear

*Pemeriksaan payudara

*Pameran ubatan-ubatan

*Pameran Kesihatan

*Pameran makanan selamat

*Maskot germ buster

*Kuiz kesihatan

*Cabutan bertuah

*Ceramah kesihatan

*Ceramah pergigian


*Saringan minda sihat

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...