Thursday, April 1, 2010





IMAM, BILAL DAN WHISLE BLOWER MELAWAT PUTRAJAYA



SEBERANG TAKIR - 30 Mac, seramai 38 orang peserta dikalangan Imam, Bilal dan Whisle Blower merasa teruja kerana telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) pada 28 hingga 30 Mac 2010. Program ini turut disertai bersama wakil dari DUN Tepoh, Alor Limbat dan Pengkalan Berangan yang menghantar setiap dun sebuah bas.


Para peserta rombongan ini menginap di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur dengan agihan 2 orang peserta menghuni sebuah bilik. Pengagihan seperti ini memberikan keselesaan kepada peserta yang diseliakan oleh pihak Syarikat Pelancongan Hedaco.


Sepanjang tempoh lawatan, peserta dibawa ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Masjid Sultan Zainal Abidin ( Masjid Besi ), Pusat Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) dan Muzium Kesenian Islam. Disamping itu, peserta lawatan juga dibawa menaiki Monorel, Makan Malam di Restoran Nelayan Titiwangsa dan menikmati suasana malam di Bandaraya Kuala Lumpur.


Taklimat pengenalan dan peranan APMT juga disampaikan oleh Penolong Pengarah APMT, Encik Fauzi Muda pada malam pertama. Manakala penerangan berkenaan isu-isu semasa pula disampaikan oleh Biro Tata Negara ( BTN ) dan Yayasan Dakwah Islamiah ( YADIM ) kepada para peserta.


Jadual lawatan yang disusun padat telah menjadikan program ini cukup berkesan tanpa mensiakan masa yang terhad. Pihak APMT dimaklumkan bahawa semua peserta berpuashati sepanjang mengikuti rombongan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...