Monday, April 12, 2010

Qari dan Qariah Muda Dinobatkan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu


GEMBIRA...Qari dan Qariah muda berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM2000


PENYERTAAN...Bersama kumpulan nasyid Ar-Raudhah dari DUN Bukit Tunggal yang membuat persembahan


BERGAMBAR KENANGAN..Haji Ismail dan isteri bersama peserta-peserta yang berjaya dari kawasan DUN Bukit Tunggal


KUALA NERUS HARI INI



11 April – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu 1431H/2010 M yang bertemakan “ Wahdah Pemangkin Khaira Ummah” telah berlangsung di perkarangan masjid Wakaf Tembesu, Mukim Kuala Nerus. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Y.Bhg Tuan Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajjah Salbi binti Abdul Aziz.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 4 orang qari dan 4 orang qariah telah bertanding dalam majlis tersebut.
Johan Qari telah dimenangi oleh Encik Ahmad Tarmizi Bin Abd Rahman, peserta dari Kampung Gong Kijang dengan jumlah markah adalah 80.0 %. Manakala Johan Qariah pula dimenangi oleh Cik Nor Jannah Bt Abd Rahman peserta dari Kampung Teluk Ketapang iaitu dengan jumlah markah sebanyak 71.0%. Masing-masing membawa pulang piala beserta wang tunai berjumlah RM 2,000.00.

Naib johan bagi kategori Qari telah dimenangi oleh Mohd Kamaruzaman Bin Daud peserta dari Bandaraya Kuala Terengganu dengan jumlah markah 77.0%. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Manakala, tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Rifin Bin Sulong peserta dari Kampung Gelugor Kedai. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 73.5% dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM800.00. Peserta dari Kampung Pasir, Tepoh iaitu Encik Adnan Bin Yunuh pula memenangi tempat keempat dengan membawa wang tunai berjumlah RM400.00.

Bagi kategori Qariah pula, tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Fatimah Bt Embong, peserta dari Kampung Paya Terung, Tebauk. Beliau memperolehi jumlah markah sebanyak 70.5% dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00. Mankala, peserta tempat ketiga telah dimenangi oleh Puan Rogayah Bt Mohamad dari Kampung Tualang, Manir. Beliau memperolehi markah berjumlah 69.5% dan wang tunai sebanyak RM800.00. Manakala, Puan Hajah Zaiton Bt Haji Mohd Zin iaitu peserta dari Kampung Pasir Panjang pula memenangi tempat keempat. Beliau membawa wang tunai berjumlah RM400.00.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...