Wednesday, April 7, 2010

LKPI PRIHATIN KEBAJIKAN





KUALA NERUS HARI INI


KUALA NERUS, 7 April- Mesyuarat Agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Cawangan Kuala Nerus kali ke-17 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Nik, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal bertempat di Dewan LKPI Cawangan Kuala Nerus, Kampung Teluk Ketapang.

Beliau hadir bersama isteri, Puan Hajah Salbi Bt Abd Aziz, tiba di perkarangan majlis kira-kira jam 3.15 minit petang.

Turut hadir ialah Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah, Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof dan Naib Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Wok. Majlis dihadiri juga oleh ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam yang merupakan peserta-peserta dari Kampung Teluk Ketapang, Kampung Banggol Pauh, Kampung Bukit Tunggal dan kawasan sekitar di Kuala Nerus.

Pengerusi LKPI Negeri Terengganu, Puan Hajah Ainun Jamilah mengucapkan tahniah kepada Pengerusi LKPI Cawangan Kuala Nerus, Puan Hajah Salmah Bt Yusof di atas kejayaan mengadakan program-program seperti Majlis Bacaan Yasin, Qiamullail, Sambutan Hari Raya, Kursus Perkahwinan, Majlis Bertindik dan Berkhatan Peringkat Cawangan Kuala Nerus sepanjang tahun 2009.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail Bin Nik menyatakan LKPI adalah sebuah badan sukarela (NGO) yang banyak memberi sumbangan besar dalam program-program kebajikan dan kesukarelaan.

Menurut beliau, empat kategori pesakit kronik yang perlu diberi perhatian khusus oleh badan-badan kebajikan iaitu pesakit jantung berlubang, pesakit terlantar yang tidak dapat membuat sebarang aktiviti kerja, pesakit kanser dan pesakit kronik.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 Juta kepada pesakit-pesakit kronik di bawah peruntukan Tabung Darul Iman.

Beliau yang berjiwa prihatin turut mengingatkan para peserta LKPI agar berkunjung ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN di setiap kawasan masing-masing untuk memohon bantuan kebajikan.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...