Sunday, April 4, 2010

PENGARAH APMT SERU IBU BAPA UTAMAKAN PENDIDIKAN


KHUSYUK...Kelihatan hadirin memberi perhatian mendengar ucapan Pengarah APMT


REAKSI...Kesungguhan Pengarah APMT semasa menyatakan hasrat kerajaan dalam pendidikan



KUALA NERUS HARI INI



BUKIT TUNGGAL-1 April, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Tuan Haji Roshali Bin Taha menasihatkan para ibu bapa agar bersikap positif dalam mendidik anak-anak agar mereka maju dalam pelajaran.

Beliau berucap ketika menghadiri majlis Program Jalinan Mesra Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu,PIBG Bersama Komuniti Dan Cakna Waris OTI 1 2010 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru sekolah tersebut atas kejayaan pencapaian pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 kerana berjaya mencatat kecemerlangan dalam UPSR. Seramai 25 orang pelajar telah berjaya memperolehi 5A.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Sabri dan Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Afillah Bin Mohd, Penolong Kanan sekolah, Puan Hajah Azha Rohana telah mengumumkan bahawa Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah tersebut adalah sebanyak 2.80%.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah mensasarkan 40 orang pelajar UPSR yang akan memperolehi 5A dalam peperiksaan.

Pengarah APMT menyeru para pelajar dan ibu bapa selalu menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kemajuan pelajar dalam pelajaran.

Pada masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan para ibu bapa perlu mengatur strategi pendidikan dan perancangan pembelajaran mengikut tahap kemampuan anak-anak memandangkan setiap anak-anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza.

Selain penglibatan ibu bapa dalam menentukan kejayaan pembelajaran anak-anak, beliau juga berharap agar pihak sekolah meneruskan setiap program yang telah dijalankan demi memastikan kejayaan pelajar terus membangun seiringan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung IImu.

Beliau menyatakan Negeri Terengganu telah menjadi juara keseluruhan dalam pencapaian kecemerlangan UPSR selama sembilan tahun berturut-turut.

Keprihatinan pihak kerajaan dalam memperkenalkan penggunaan e-book di kalangan pelajar tahun 5 dan 6 telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM 50juta dalam pemberian e-book di kalangan pelajar sekolah tahun 5 di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...