Saturday, December 4, 2010

GELANGGANG FUTSAL BUKIT TOK RIS




BUKIT TOK RIS - 3 DISEMBER -Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal,Tn Haji Ismail bin Nik telah meluangkan masa untuk merasmikan Gelanggang Futsal Serbaguna dengan kerjasama PEMUDA, PUTERI, WANITA UMNO dan semua Pengerusi JKKK dan Ketua Cawanagan dalam DUN Bukit Tunggal. Majlis tersebut turut dihadiri agensi bukan kerajaan yang lain seperti Persatuan BELIA dan Kelab Motor Kuala Nerus. Pihak tuan rumah juga telah menganjurkan kejohanan futsal sempena perasmian tersebut dan disertai oleh 26 pasukan yang terdiri dari cawangan dalam DUN Bukit Tunggal.

Dalam ucapan YB Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau amat gembira dengan adanya banyak gelanggang futsal yang dibina dalam DUN Bukit Tunggal dan berpesan kepada pemuda dan belia-belia DUN agar memantapkan lagi jentera pilihanraya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) agar segala kemudahan dan peruntukan yang akan diberikan oleh kerajaan akan dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya. Beliau juga memaklumkan untuk menyediakan lebih banyak gelanggang futsal bagi kegunaan masyarakat dan seboleh-bolehnya membina satu gelanggang futsal untuk satu peti undi di dalam setiap Dewan Undangan Negeri.

Beliau berpesan kepada semua hadirin agar dapat berfikir dengan wajar dalam membuat keputusan dalam membuang undi dan tidak sewenang-wenangnya memberi undi kepada pembangkang kerana ia amat merugikan parti dan menyukarkan kerajaaan untuk membela rakyat.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil BELIA 4B Negeri Terengganu, En Jaafar, Ketua PEMUDA UMNO Bahagian Kuala Nerus, sdr. Haji Apli bin Yusof, AJK Bahagian Kuala Nerus dan lebih kurang 300 orang penduduk setempat.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan futsal yang bertanding yang dimenangi oleh pasukan dari Cawangan Pulau Ketam.


KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...