Sunday, December 26, 2010

SUKAN RAKYAT DUN BUKIT TUNGGAL 2010









Bukit Tunggal,24 Dis 2010 - Pihak Penyelaras DUN Bukit Tunggal bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu menganjurkan program Sukan Rakyat DUN 2010 bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal pada tarikh ini.

Pendaftaran peserta bermula jam 7.30 pagi. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kira-kira lebih 1000 orang menghadiri program ini. Setiap acara pertandingan adalah mengikut peti undi iaitu Batu Enam, Pengkalan Arang, Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal A, Bukit Tunggal B, Pulau-pulau A dan Pulau-pulau B.

Sebanyak 34 acara dipertandingkan adalah mengikut beberapa kategori iaitu veteran, pemuda, wanita, puteri, berpasangan, kanak-kanak dan tadika. Acara untuk kategori iaitu susun tin, golek buah nyor, lari dalam guni dan lastik tin. Untuk wanita, acara kukur kelapa, teropoh gergasi, emak cari anak, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Bagi kategori puteri, ada 6 acara iaitu kukur kelapa, teropoh gergasi, belon air, cucuk benang dalam jarum, congkak dan lari dalam guni. Empat acara kategori pemuda iaitu teropoh gergasi, lastik tin, kaki hantu dan belon air. Acara untuk kanak-kanak turut diadakan seperti berebut kerusi,tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, makan biskut dan isi air dalam botol. Acara mewarna, berebut kerusi dan isi air dalam botol untuk tadika. Bagi acara berpasangan iaitu sambut belon air dan koyok dan kukur nyor. Terdapat 3 acara bagi kategori terbuka iaitu tarik tali, bola beracun dan futsal kain.

Pada sebelah pagi, Pegawai Pembangunan DUN dan isteri hadir melihat aksi-aksi semangat rakyat yang menyertai acara sukan rakyat.

Permainan sukan rakyat disambung pada jam 2.30 petang bagi memberi laluan peserta menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam mengerjakan solat jumaat dan solat zohor.

Tepat jam 5 petang, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat APMT, Encik A. Latif bin Awang tiba menyaksikan perlawanan acara sukan rakyat yang sedang berlangsung.

Acara terakhir tarik tali kategori terbuka lelaki dan wanita menutup tirai sukan rakyat DUN pada jam 6 petang.

Pada jam 6 petang, majlis ucapan sukan rakyat dimulakan dan dipengerusikan oleh Pegawai Penyelia Parlimen APMT iaitu En Afillah bin Mohd.

Ucapan kata alu-aluan dimulakan oleh Penolong Pengarah APMT, En Latif bin Awang mewakili Pengarah APMT, Y.Bhg Tuan Haji Roshali bin Taha. Dalam ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan mengadakan program sukan rakyat yang cukup meriah. Beliau rasa teruja dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan antara penyelaras DUN, sayap-sayap UMNO dengan APMT.

Majlis sukan rakyat selamat dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN, Y.Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik pada jam 6.45 petang. Dalam ucapan perasmian, beliau merasa sungguh bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta dari semua peti undi. Beliau mengatakan tidak mustahil jika Bukit Tunggal akan dapat dimiliki semula berdasarkan sikap kesatuan jiwa dalam kesukanan pada hari itu. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APMT atas peruntukkan yang diberikan dan mengumumkan acara sukan rakyat akan dijadikan program tahunan.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut acara dimulakan sebaik sahaja perasmian selesai.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...