Saturday, December 11, 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI



KUALA NERUS HARI INI

BUKIT TUNGGAL, 10 DIS 2010 - Pada tarikh ini, satu Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di Dewan Sivik Bukit Tunggal bermula jam 8 pagi. Program ini dianjurkan oleh Penyelaras DUN Bukit Tunggal dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat pada hari tersebut iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus merangkap Ahli Parlimen, Y.B Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri bersama isteri Y. Bhg To' Puan Hajah Sabariah bt Datuk Haji Mohd Yusof, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal, Y. Bhg Tuan Haji Ismail bin Nik dan isteri Puan Hajah Salbi binti Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Y.Bhg Tuan Haji Shamsuddin bin Sulong.

Turut hadir, ketua-ketua cawangan, pengerusi JKKK, Pemuda, Wanita, Puteri, staf APMT dan ibu bapa kepada 50 peserta serta penduduk yang tinggal berhampiran.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Pengarah APMT kerana sudi hadir dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana di atas sambutan penyertaan yang menggalakkan. Beliau juga memaklumkan majlis ini akan selalu diadakan setiap tahun dan ia akan dijadikan acara tahunan di DUN Bukit Tunggal.

Timbalan Pengarah APMT menyarankan perbanyakkan program untuk menyemarakkan semangat kerjasama antara semua pihak demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Dalam ucapan beliau lagi, rakyat harus sedar bahawa kerajaan negeri sangat cakna dan prihatin terhadap masalah rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dari bermula kelahiran hingga berakhir kehidupan.

Majlis seterusnya dirasmikan oleh Ahli Parlimen pada jam 11.00 pagi. Dalam ucapan, beliau meminta semua ketua-ketua cawangan,pengerusi-pengerusi JKKK, ketua-ketua wanita, ketua-ketua puteri dan ketua-ketua pemuda sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program yang dianjurkan oleh DUN dan Parlimen. Sikap kerjasama amat perlu dititikberatkan kerana dengan adanya sikap ini dapat mengukuhkan lagi parti UMNO dikalangan pemimpin-pemimpin setempat.

Di penghujung ucapan, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap program-program seperti ini diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat memupuk semangat kerjasama antara pemimpin dan rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program majlis berkhatan.

Selesai majlis perasmian, pemimpin diberi penghargaan menyuap pulut kuning kepada semua peserta-peserta. Peserta-peserta dibawa berarak ke balairaya Tebauk dengan diiringi 2 pasukan Marhaban wanita dari Kg. Bukit Kandis dan Kg. Tebauk.

Majlis bersurai dengan jamuan makan tengahari kepada semua yang hadir. Sambutan majlis berkhatan pada kali ini sangat meriah.


No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...