Saturday, February 12, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PERSATUAN SENI SILAT KERAMAT BATU ENAM



GONG BADAK : 8 Februari 2011-

Majlis makan malam sempena meraikan penubuhan Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam telah di adakan bertempat di Restoran Sri Wangsa jam 9.00 malam. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam, dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pemuda Bahagian Kuala Nerus, iaitu Tuan Haji Apli Bin Yusof, YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Nik iaitu Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal serta Ahli Parlimen Kuala Nerus iaitu YB Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri.

Dalam ucapan Yang Berbahagia Pegawai Pembangunan DUN, beliau telah menasihati kepada semua yang hadir agar memperkasa NGO Melayu sepertimana Persatuan Seni Silat Keramat Batu Enam bagi menggerakkan lagi aktiviti-aktiviti dan perancangan persatuan. Walaupun setiap persatuan mempunyai ideologi dan pemahaman yang berlainan, namun beliau mengingatkan agar penyatuan bangsa Melayu adalah penting untuk generasi muda akan datang.

Dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau telah mengingatkan kepada semua yang hadir agar memupuk payung bangsa yang semakin pudar. Beliau telah berpesan agar utamakan pegangan politik kerana ia amat penting untuk orang-orang Melayu. Persatuan adalah merupakan tempat penyatuan masyarakat pada hari ini kerana melalui persatuan, setiap lapisan masyarakat akan aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Beliau juga telah menyatakan bahawa Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis adalah negeri-negeri yang ramai penduduknya berbangsa Melayu. Justeru, amat penting bagi setiap rakyat di negeri-negeri tersebut mempertahankan negeri masing-masing demi kemajuan agama, bangsa dan negara.




KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...