Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA SEPETANG BERSAMA YBHG DR MOHD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN (BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1, PULAU PINANG)





BATU ENAM : 10 Februari 2011- Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa Sepetang Bersama Yang Berbahagia Dr Mohd Fairus Bin Khairuddin iaitu Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Nerus jam 2.30 petang. Majlis tersebut telah di hadari oleh Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, iaitu Haji Hasan Bin Ali, Setiausaha UMNO iaitu Haji Abd Rahman Bin Mohd, Ketua Pergerakan Wanita UMNO iaitu Hajah Khadijah Bt Awang serta Hajah Sabariah Bt Dato’ Haji Mohd Yusof iaitu isteri kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri.

Majlis turut dihadiri oleh ADUN Tepoh iaitu Yang Berhormat Ustaz Haji Ramli Bin Noh merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan ADUN Seberang Takir iaitu Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Ketua Penerangan UMNO Kuala Terengganu.

Dalam ucapan Yang Berhormat Ustaz Ramli, beliau telah memperingatkan agar setiap jentera melakukan gerak kerja yang lebih kemas dan drastik yang lebih tertumpu ke arah PRU ke -13.Setiap bulan, menjelang PRU ke-13 nanti, akan terdapat dua orang penceramah di setiap DUN. Beliau juga memaklumkan bahawa seorang penceramah dari luar Terengganu akan dijemput untuk menyampaikan ceramah menjelang tempoh pilihan raya. Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar setiap jentera pilihan raya menggerakkan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini. Setiap jentera juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam media baru seperti internet dan blog-blog kerana media tersebut juga merupakan saluran penerangan yang hebat pada hari ini.

Dalam ucapan Yang Berbahagia Dr Mohd Fairus Bin Khairuddin, beliau telah mengingatkan agar setiap masyarakat perlu menjaga maruah agama, bangsa dan negara demi kemakmuran rakyat. Setiap lapisan masyarakat juga perlu menjadi pengikut yang baik jika ingin menjadi pemimpin yang baik.

Selain itu, setiap masyarakat juga perlu mempunyai jiwa merdeka dan bebas dari sebarang perhambaan. Beliau juga berpesan agar masyarakat pada hari ini usah bergantung nasib kepada orang lain selain ALLAH s.w.t.






KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...