Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK SEKOLAH-SEKOLAH DUN BUKIT TUNGGAL DAN LAPTOP KEPADA GURU-GURU AKRAM NEGERI TERENGGANU







BUKIT TUNGGAL - 14 FEBRUARI - Majlis penyerahan e-book sekolah-sekolah DUN Bukit Tunggal dan laptop kepada guru-guru AKRAM Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan SMK Bukit Tunggal jam 3.00 petang. Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dan ibu bapa sekolah dalam DUN Bukit Tunggal serta guru-guru AKRAM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, iaitu YBhg Encik Razali bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri iaitu YB Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman, serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri iaitu YB Datuk Abdul Rahin bin Dato’ Mohd Said. Selain itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah To’ Puan Hajah Sabariah Bt Dato’ Mohd Yusof iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Haji Ismail Bin Nik, serta Pengerusi TOP IT iaitu Encik Musa Bin Nik.

Seramai 343 orang pelajar tahun 5 telah menerima e-book daripada YAB Menteri Besar Terengganu. Mereka terdiri daripada 71 orang pelajar dari SK Duyong, 87 orang pelajar dari SK Bukit Tumboh dan seramai 185 orang pelajar adalah daripada SK Bukit Tunggal. Manakala, guru-guru AKRAM yang telah menerima laptop pula adalah seramai 800 orang.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, beliau telah menyatakan bahawa, tujuan utama Kerajaan Negeri memberikan e-book kepada pelajar-pelajar adalah untuk membuka minda para pelajar agar mahir dan celik dalam penggunaan IT. Walaupun sebelum ini, guru-guru sekolah hanya mengajar pelajar berasaskan buku, namun perkembangan Sains dan Teknologi telah membantu para pelajar untuk menuntut ilmu dengan berasaskan bantuan dan kemajuan ICT. Keadaan ini secara tidak langsung juga untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung IImu. Pada tahun 2010, seramai 46,000 orang pelajar tahun 5 dan 6 serta pelajar-pelajar Pendidikan Khas telah menerima bantuan e-book daripada Kerajaan Negeri.

Pada tahun ini pula, jumlah pelajar yang telah menerima bantuan e-book telah meningkat kepada 91,000 orang. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa, Kerajaan Negeri amat serius dalam menitikberatkan pendidikan di kalangan para pelajar. Hal ini secara tidak langsung telah meletakkan Negeri Terengganu mencatat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 9 tahun berturut-turut.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Menteri Besar pula, beliau telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam penggunaan e-book di kalangan pelajar sekolah iaitu melebihi RM50 Juta. Setiap tahun, Keraaan Negeri telah memperuntukkan RM200 Juta setahun untuk membangunkan sektor pendidikan negeri. Beliau telah menyatakan bahawa bidang pendidikan amat penting kerana ia akan mengubah landskap pendidikan dan ekonomi negara pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, beliau juga telah menyatakan bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Terengganu pada tahun 2010 telah meningkat kepada 15.4% berbanding negeri-negeri lain yang mengalami sedikit kemerosotan. Selain itu, pelajar-pelajar Terengganu yang cemerlang dalam peperiksaan dan berminat untuk menjadi doktor, akan dihantar ke dua buah universiti perubatan di luar negara iaitu di Universiti Russia dan juga Universiti di Mesir.

KUALA NERUS HARI INI

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...