Pada 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432 ,sebanyak 30 buah kereta melibatkan 100 orang peserta konvoi telah selamat menyertai Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 di Seberang Takir. Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia ,YB Haji Ahmad Razif Abd. Rahman merangkap ADUN Seberang Takir telah merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011. Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Negeri Terengganu ini dihadiri lebih kurang 200 orang penduduk sekitar peti undi Tok Jembal.
YB Haji Ahmad Razif telah menanam pokok bunga raya sebagai simbolik kepada perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment