Wednesday, August 31, 2011

MAJLIS BACA SURAH YASIN DAN TAHLIL




TUAN MANDAK- 20 Julai 2011 - Program Duduk Bersila siri ke sebelas iaitu Majlis Baca Surah Yasin anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu DUN Bukit Tunggal telah diadakan di Surau Haji Yaacob pada jam 2.30 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Puan Hajah Khatijah binti Awang. Dalam ucapan beliau menyeru semangat bangkit bangsa perlu diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemangkin generasi pada masa akan datang. Beliau juga menyarankan kepada wanita yang hadir sentiasa memberi suntikan semangat dan galakan kepada belia muda remaja menyertai program yang dianjurkan agar masa yang terluang terisi dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada mereka. Beliau menyeru semua yang hadir mengamalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama dalam mengekalkan kehidupan yang harmoni.

Program ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 90 orang masyarakat sekampung untuk sama-sama. Anggota APMT turut hadir ke majlis ini.

Majlis keagamaan sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam. Program akan diteruskan di cawangan lain kerana sambutan amat menggalakkan.

No comments:

Post a Comment

Majlis Kesyukuran & Solat Hajat di Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS HARI INI 23.05.14 : Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat di Masjid Seberang Takir..Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Surah Yasi...